CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, January 30, 2011

LANCANG DLM ADAT PERKAHWINAN NEGERI SEMBILAN.


Semalam 29 Januari,2011 saya serta famili telah menghadiri Majlis Perkahwinan di Kg Terachi Kuala Pilah. Apa yang menakjubkan penglihatan saya serta keluarga dan anak2 ialah sebuah bentuk sampan yang telah dihiasi dengan bunga telur yang sebegitu rupa dalam istiadat perkahwinan Melayu Negeri Sembilan yang penuh beradat itu.Tiba-tiba terpacul pertanyaan dari anak saya sungguh cantiklah Yah tempat telur itu. Nostalgia ini mengembalikan ingatan saya semasa kecil2 dulu dikampung apabila ada Majlis Perkahwinan, Lancang ini kadang-kadang terdapat dirumah-rumah Majlis Perkahwinan. Alangkah cantiknya istidat ini dihidupkan kembali dalam istidat perkahwinan Melayu Negeri Sembilan. Negeri ini kan negeri beradat sekurang-kurangnya adat-istiadat ini dapat diketengahkan untuk tatapan generasi muda dan pelancung-pelancung.  Apabila ditanya pada waris tuan rumah bahawa besannya juga adalah orang Negeri Sembilan iaitu Kg Pelegong Ulu Rembau. Semasa pengantin datang bertandang iaitu adat Menyalang kata orang Negeri Sembilan. Pihak atau rombongan pengantin perempuan akan membawa somorigh  dan boko dari sana tapi malangnya saya tidak sempat untuk mengambil gambarnya sungguh cantik somorigh itu.  Bokonya pula tidaklah diletakkan dalan upih mengkuang mungkin tanaman tersebut telah pupus ditelah oleh pembangunan dan kebanyakkan sawah2 sekarang ini tidak diusahakan lagi. Boko2 tersebut telah diletakkan dalam bekas-bekas plastik.  Boko-boko ini ialah berbentuk makanan iaitu wajid dan pengganan atau dodol pemberian dari pihak pengantin perempuan kepada keluarga pengantin lelaki atas persetujuan kedua-dua pihak. Pihak pengantin lelaki atau perempuan akan membawa wajid atau pengganan ini akan dibawa oleh kedua mempelai  dalam "istiadat menyombah" Istiadat menyombah ini ialah satu istiadat mengenal bapa saudara atau emak saudara kedua-dua belah pihak.






Selalunya kedua mempelai akan diiringi oleh seseorang yang lebih berumur iaitu nenek atau datuk dalam istiadat menyombah ini. Datuk atau nenek akan memperkenalkan kepada kedua2 mempelai akan persaudaraan itu dan juga nama atau pangkat yang patut dipanggil. Pihak yang menerima tetamu mempelai ini akan menjamu pengantin dengan hidangan-hidangan yang istimewa. Ini adalah satu lambang dimana penghormatan diberikan untuk merapatkan siratulrahim diantara mempelai dan saudara-mara kedua-dua belah pehak.


Tuesday, December 28, 2010

Teman-Teman Semasa Alam Persekolahan Ibarat Kasih Yang Tersimpul


Setiap insan yang dilahirkan didunia ini mempunyai nostalgia tersendiri,gitu jua buat diriku ini, kadang-kadang dikala usia yang telah hampir ke penghujung ini terimbau kembali saat-saat manism ketika diusia persekolahan dulu. Alangkah manisnya kalau masa itu dikembalikan semula tapi manakan bisa itu terulang kembali. Terkenang tika itu hanya diri ini saja yang berketurunan Melayu, rakan-rakan yang lain semuanya berbangsa Cina tapi ikatan persahabatan tika itu amat akrab. Aku telah menjalani hidup bertemankan bangsa Cina senjak dari bangku sekolah rendah lagi.  Aku dapat mengadapatasi hidup ini dengan masyarakat Cina, kadang-kadang aku bermalam dirumah mereka. Cuma aku tak makan makanan mereka saja.  Tika ini usiaku sudah lewat 50an, kadang-kadang teringin jua untuk bersua dan berbicara dengan mereka-mereka ini. Mungkin mereka juga berfikiran begitu siapa tahu??????